Tips Badan Sihat - Makanan elak simptom psoriasis- levitrax.blogspot.com

Tips Badan Sihat - Makanan elak simptom psoriasis- levitrax.blogspot.com - Hallo sahabat levitrax.blogspot.com, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tips Badan Sihat - Makanan elak simptom psoriasis- levitrax.blogspot.com , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Tips, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tips Badan Sihat - Makanan elak simptom psoriasis- levitrax.blogspot.com
link : Tips Badan Sihat - Makanan elak simptom psoriasis- levitrax.blogspot.com

Baca juga


Tips Badan Sihat - Makanan elak simptom psoriasis- levitrax.blogspot.com

Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang lazim dihidapi. Penyakit itu terjadi disebabkan penghasilan sel kulit yang terlalu pantas hingga menyebabkan sesetengah bahagian kulit menjadi tebal dan bersisik pada permukaan kulit.

Lebih buruk apabila lebihan kulit itu menjadi kering hingga menimbulkan rasa kegatalan dan kemerahan seterusnya menyebabkan rasa sakit, selain menjejaskan tahap keyakinan diri mereka. 

Biarpun ia bukan penyakit baru, penawar kepada psoriasis masih belum dijumpai. Apa yang ada hanyalah ubat-ubatan untuk mengawal gejala supaya ia tidak memudaratkan. 

Namun begitu, diet yang bersesuaian dengan setiap individu yang menghidap psoriasis mampu mengawal tahap penyakit mereka, sekali gus memberi peluang kepada penghidapnya menjalani kehidupan dengan lebih tenang.

Penyelidik daripada Akademi Nutrisi dan Pemakanan Amerika Syarikat Heather Mangieri berkata, tiada bukti sesetengah makanan dapat memberi kesan secara menyeluruh kepada penyembuhan psoriasis.

Bagaimanapun, terdapat bukti bahawa dengan mengurangkan atau melebihkan sesetengah jenis makanan, ia dapat membantu mengurangkan simptom psoriasis. 

Antara makanan yang boleh diambil untuk mengelakkan simptom penyakit kulit berkenaan daripada terus memudaratkan adalah avokado, bijirin, lobak, ikan, kekacang dan beri biru. 

Selain mempunyai zat antioksidan yang baik untuk kulit, kebanyakan makanan itu mempunyai unsur antiradang yang dapat melindungi sel tubuh. Makanan terbabit juga antara makanan kurang berlemak seterusnya baik untuk mengekalkan berat badan ideal dan mengelak obesiti. 

Ini kerana kegemukan melampau juga antara faktor yang boleh menggalakkan kemunculan psoriasis. 

Makanan yang tidak seharusnya diambil oleh pesakit psoriasis pula termasuk produk tenusu, gula pasir, alkohol, makanan bergoreng malah tomato. 

Secara umum, makanan berkenaan menggalakkan keradangan dalam jangka panjang pada sel dalam badan dan ini boleh memudaratkan keadaan penyakit kulit yang dihidapi, selain meningkatkan berat badan. 

Walaupun hanya sedikit bukti saintifik mengenai kemudaratan tomato serta sayur-sayuran terhadap keadaan penyakit psoriasis, ada pesakit yang diselia mengatakan keadaan kulit mereka menjadi lebih teruk apabila memakan sayuran berkenaan. 

Bagaimanapun menurut Mangieri, pesakit yang ingin mengawal penyakit mereka dengan berpantang perlu mencuba dan memantau kesannya terhadap kesihatan kulit serta melihat sendiri keberkesanannya.


Demikianlah Artikel Tips Badan Sihat - Makanan elak simptom psoriasis- levitrax.blogspot.com

Sekianlah artikel Tips Badan Sihat - Makanan elak simptom psoriasis- levitrax.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tips Badan Sihat - Makanan elak simptom psoriasis- levitrax.blogspot.com dengan alamat link http://levitrax.blogspot.com/2016/07/tips-badan-sihat-makanan-elak-simptom.html

0 Response to " Tips Badan Sihat - Makanan elak simptom psoriasis- levitrax.blogspot.com "

Catat Ulasan